Sunday, 30 June 2013

REZEKI...

Assalamualaikum...

Rezeki takkan datang bergolek....

Kena usaha baru dapat rezeki...

Kalau cerita pasal rezeki nie memang macam perkara timbul terutamanya DUIT... Memang skrg aku dalam permasalahan DUIT.. Sampai tahap collector dtg ke office... Tapi masa dia datang tu mmg aku cuti.. So, skrg aku tak tahu lah apa yg berlaku kat opis.. esok baru lah aku tahu cerita yg sepatutnya.. Memang aku ada masalah kewangan... Selepas bisnes aku bangunkan selama 3 tahun... jatuh merudum.. Duit simpanan pun dah tak mampu nak cover semua cost of living.. skrg mmg aku buntu.. Bila aku cuba bangun... makin kuat dugaan yang melanda... Aku dah macam patah sayap bertongkat paruh... patah paruh bertongkat dagu... patah dagu kini bertongkat kuku... Begitu kuat sekali cabaran dalam hidup aku... Kalau dulu aku jadi tempat bergantung adik aku... selalu boleh kirim duit ke kampung... Nak balik kampung pun xde masalah... Boleh bawak anak-anak berjalan... Skrg nak isi duit minyak kereta rm10 untuk hantar anak ke sekolah pun payah.... Kdg2 bwk kereta tu pun tawakal je... entah cukup entah tidak minyak nak hantar anak ke sekolah....

Terlalu sedih bila memikirkan smlm harijadi anak aku yang sulung... Bila dia tanya mama nak bagi hadiah apa??.. Sedih sehingga aku masih boleh menitiskan airmata semasa menulis... Terasa betapa aku gagal memberikan yang terbaik buat mereka... Gagal juga apabila anak ku yang bongsu demam tapi tak mampu bawanya ke klinik... Dek kerana mereka masih kecil belum mengerti apa-apa membuatkan aku bertambah sayu... Aku masih cuba kuat dan bertahan... Mengharapkan pelangi akan muncul esok hari buat keluarga ku...

Aku bercita-cita besar ingin menjadi kaya... Bukan untuk aku... tp utk memberikan kesenangan kepada org tua ku... adik-beradik ku... Cita-cita aku ingin menghantar mereka ke tanah suci pun masih belum tercapai.... aku terlalu merasa berdosa kepada mereka kerana tak mampu nak memberikan semua itu.... Aku sentiasa inginkan mereka bahagia dan gembira... Mak, Abah maafkan aku kerana aku tak mampu membuat kamu gembira...

Anak-anak mama.. Maafkan mama kerana menyusahkan kamu... terus-terang mama katakan mama sanggup korbankan apa saja untuk kamu... Mama memohon maaf kerana kamu terpaksa melalui kesusahan ini... Mama masih mencuba dan mencuba... Setiap hari mama tak pernah berhenti mencari dan membuat sesuatu...

Babah... Maafkan mama kerana babah terpaksa melalui kesusahan ini... Mama tahu semenjak babah hidup dengan mama, babah tak pernah merasa senang... Mama tahu keluarga babah pun tak berapa senang dengan mama... Maafkan mama babah membuat babah semakin hari semakin banyak mengeluh... Babah semakin hari semakin jauh dari mama....

Ya Allah, jangan Engkau tambahkan Ujian buat aku lagi... Sesungguhnya aku ini sudah hampir mengalah... Aku ini sudah saban hari bertambah lemah... Engkau tunjukkanlah aku jalan keluar Ya Allah... Hanya padaMu aku bermohon dan berlindung...




Tuesday, 16 April 2013

NAFKAH ZAHIR.....

Tajuknya agak berat.... Tapi rasanya ramai yang tertanya-tanya... Apa ye maksud disebalik tajuk ini..... 

Banyak kes hari nie suami / lelaki mengabaikan tangunggjawab nie terutamanya bila isteri tu bekerja... Bonus juga jika isteri bergaji besar... Dalam keadaan macam nie selalunya suami tadi lupa dan terus mengabaikan tanggungjawab dia sebab isteri ada duit sendiri.... 

Senario lain.... ada juga suami yang boleh tidur lena bila tak ada duit... Tapi isteri tak boleh tido langsung.. Maka mulalah isteri mencari idea mcm buat kedai online... Nak jana pendapatan sampingan dengan tujuan yang satu untuk bagi keselesaan pada anak-anak..... 

Kenapa ye jadi macam nie? Teringin jugak nak tahu apa sebenarnya ada dalam pemikiran seorang lelaki bila jadi macam nie?? Adakah dia lebih awal berputus asa?? Atau lelaki memang jenis ambil mudah.... xpe insyaAllah esok adalah rezeki anak-anak... Macam tu ke?? 

Agaknya sebab tu selalu dalam drama / novel melayu... Kisah kahwin mesti dengan lelaki kaya... Tak pun sebab itu lah mak-mak kite selalu nasihat cari lah orang ada duit.... Memang duit tak pernah boleh membeli kebahgiaan tapi hari nie DUIT adalah segala-galanya.... 

Mungkin orang akan cakap... isk perempuan tu mata duitan... tapi fahamilah perempuan itu cuma nak menjaga nasib anak-anak dia nanti.... 

Chayok perempuan!!!!

Thursday, 21 March 2013

MIMPI SAKURA

CUBA UNTUK TIDAK BERMIMPI DI SIANG HARI.... 

Macam klise je bunyi nye.... 

Hopefully permulaan yg bagus.... Apa ye...?? Macam banyak nak dikongsikan tapi tak tahu nak mula dari mana.... 

Ok, the most important yang perlu saya tekankan..... INI SEMUA BUKAN POYO.... ok??

Also INI SEMUA CERITA DAN PENDAPAT SAYA..... Baca and kongsi (kalau sudi) dan yang penting saling menghormati pendapat orang lain..... 


Bonga Sakura....