Sunday, 30 June 2013

REZEKI...

Assalamualaikum...

Rezeki takkan datang bergolek....

Kena usaha baru dapat rezeki...

Kalau cerita pasal rezeki nie memang macam perkara timbul terutamanya DUIT... Memang skrg aku dalam permasalahan DUIT.. Sampai tahap collector dtg ke office... Tapi masa dia datang tu mmg aku cuti.. So, skrg aku tak tahu lah apa yg berlaku kat opis.. esok baru lah aku tahu cerita yg sepatutnya.. Memang aku ada masalah kewangan... Selepas bisnes aku bangunkan selama 3 tahun... jatuh merudum.. Duit simpanan pun dah tak mampu nak cover semua cost of living.. skrg mmg aku buntu.. Bila aku cuba bangun... makin kuat dugaan yang melanda... Aku dah macam patah sayap bertongkat paruh... patah paruh bertongkat dagu... patah dagu kini bertongkat kuku... Begitu kuat sekali cabaran dalam hidup aku... Kalau dulu aku jadi tempat bergantung adik aku... selalu boleh kirim duit ke kampung... Nak balik kampung pun xde masalah... Boleh bawak anak-anak berjalan... Skrg nak isi duit minyak kereta rm10 untuk hantar anak ke sekolah pun payah.... Kdg2 bwk kereta tu pun tawakal je... entah cukup entah tidak minyak nak hantar anak ke sekolah....

Terlalu sedih bila memikirkan smlm harijadi anak aku yang sulung... Bila dia tanya mama nak bagi hadiah apa??.. Sedih sehingga aku masih boleh menitiskan airmata semasa menulis... Terasa betapa aku gagal memberikan yang terbaik buat mereka... Gagal juga apabila anak ku yang bongsu demam tapi tak mampu bawanya ke klinik... Dek kerana mereka masih kecil belum mengerti apa-apa membuatkan aku bertambah sayu... Aku masih cuba kuat dan bertahan... Mengharapkan pelangi akan muncul esok hari buat keluarga ku...

Aku bercita-cita besar ingin menjadi kaya... Bukan untuk aku... tp utk memberikan kesenangan kepada org tua ku... adik-beradik ku... Cita-cita aku ingin menghantar mereka ke tanah suci pun masih belum tercapai.... aku terlalu merasa berdosa kepada mereka kerana tak mampu nak memberikan semua itu.... Aku sentiasa inginkan mereka bahagia dan gembira... Mak, Abah maafkan aku kerana aku tak mampu membuat kamu gembira...

Anak-anak mama.. Maafkan mama kerana menyusahkan kamu... terus-terang mama katakan mama sanggup korbankan apa saja untuk kamu... Mama memohon maaf kerana kamu terpaksa melalui kesusahan ini... Mama masih mencuba dan mencuba... Setiap hari mama tak pernah berhenti mencari dan membuat sesuatu...

Babah... Maafkan mama kerana babah terpaksa melalui kesusahan ini... Mama tahu semenjak babah hidup dengan mama, babah tak pernah merasa senang... Mama tahu keluarga babah pun tak berapa senang dengan mama... Maafkan mama babah membuat babah semakin hari semakin banyak mengeluh... Babah semakin hari semakin jauh dari mama....

Ya Allah, jangan Engkau tambahkan Ujian buat aku lagi... Sesungguhnya aku ini sudah hampir mengalah... Aku ini sudah saban hari bertambah lemah... Engkau tunjukkanlah aku jalan keluar Ya Allah... Hanya padaMu aku bermohon dan berlindung...




No comments:

Post a Comment